Posts

Ready Player One Review

Image
Hari ni nak review pasal movie yang aku baru habis tonton ni tadi.Mungkin aku bias sikit kot sebab director dia fav aku, Steven Spielberg. Movie ni mengisahkan tentang zaman yang banyak bergantung dengan kehidupan maya kerana keadaan hidup di alam realiti yang sangat sukar. Latar masa dalam cerita ini ialah masa hadapan di mana manausia  atau orang yang berkuasa berhenti untuk cuba menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya berusaha untuk terus hidup.  90% cerita ini berlaku di dalam alam maya iaitu sebuah VR games yang di panggil OASIS. Dimana, hidup yang lebih baik, lebih aksi dan semuanya lebih dari dunia realiti. Di permulaan movie pun sudah menunjukkan yang cerita ini bukan cerita fiction biasa yang aku tonton. Sampai terfikir, macam manalah pengarah cerita ni boleh berfikir di luar kotak begini. Banyak watak superhero juga yang digunakan di dalam cerita ini. Juga wujud pelbagai rasa apabila menonton, banyak lucu, kemudian aksi, sedih dan gembira. Setakat ini, movie...

Happy Birthday

Hari ni hari jadi yang ke 32 tahun hidup atas muka bumi. Perasaan? Ermm biasa je.  Tak ada yang menarik berlaku. Hanya rutin seharian saja. Pergi kerja, lunch balik, dinner tidur, Tu je hari-hari. Sedikit terkilan juga sebab tak dapat special apa-apa dari S/O. Tapi dah tahun-tahun pun macam tu. Dah biasa dah kot. Tapi sedih juga, macam tak capai apa-apa pun dalam hidup ni, Rasa gembira dan bahagia tu ada tapi hari ni kurang gembira sebab banyak berfikir tentang pencapaian. Juga berfikir tentang penyesalan. Kalaulah... Benda kalau ni bila dah start, semua pun rasa menyesal itu ini. Patut di elakkan, tapi itulah syaitan kot menghasut suruh fikir juga benda-benda macam ni. Tapi kan, kadang-kadang kesian dengan syaitan juga kan sebab asal diri buat salah mesti salahkan syaitan. Ke memang salah syaitan? Mahu juga sambutan birthday macam dulu-dulu sebelum kahwin. Special sikit, sekarang ni tak ada dah special. Macam hari biasa. Aku harap tahun ni aku dapat baby. Aminnn. Beru...

32 Tahun

Hari ni aku tiba-tiba teringat zaman 20-an. Zaman tidur jam 4 pagi tu menjadi perkara biasa. Bila aku ingat dari umur 20 tahun keatas, pengalaman hidup jadi samar-samar. Aku cuba ingat apa yang buat umur- umur begini, tiada yang aku ingat kecuali pengalaman di tempat asing, pelbagai jenis kerja, pelbagai jenis orang yang ditemui. Ada yang kekal, ada yang seperti angin menghembus lalu. Pengalaman yang paling menakutkan ialah semasa kemalangan kereta tahun 2009. hujung tahun, orang nak sambut 31 December aku duduk kesakitan di rumah. itu pengalaman yang kekal. Selain itu, tiada yang kekal dalam ingatan. Mungkin zaman belajar di UMS juga jadi pengalaman yang masih diingati tapi tidak begitu kekal di ingatan.  Bagi aku kenangan yang paling kekal ialah zaman sekolah menengah dari tingkatan 1 sampai 6 atas. Zaman ini zaman paling gembira dalam hidup aku. Zaman yang aku tidak akan lupakan. Kawan-kawan rapat sekarang pun hampir 99 peratus kenal zaman sekolah ni. Semuanya kekal...

Menulis lagi

Aku cuba untuk kembali menulis sini, mungkin rindu atau mencari aktiviti yang berguna selain tidur, menonton rancangan korea dan jepun , juga makan. Aku perlu sesuatu untuk meluahkan apa yang aku rasa dalam hidup aku seharian. Setelah berkahwin hampir 5 tahun, aku masih belum dikurniakan anak. Benda ini buat aku semakin sedih. sekarang masih meneruskan rawatan dari pihak hospital yang mana aku disahkan PCOS. Baru sebentar tadi aku berjumpa doctor. Masih belum sesuai untuk meneruskan IUI kerana dinding rahim masih nipis. Juga, masih kurang subur. Entah kenapa hari ini aku sangat sedih, setelah berjumpa doctor, aku menangis semahunya. Tapi aku akan kekal tabah untuk melalui semua ini. Aku pasti rezeki akan datang juga. Terima kasih kerana aku mendapat pasangan yang memahami hati dan matang. Aku gembira untuk ini. Rasa bersyukur yang sangat mendalam. Mungkin rezeki kami akan datang tidak lama lagi.  kerja sekarang masih menarik dan boleh membuatkan aku bekerja dengan ...

hampir lemas

Pengalaman paling menakutkan ialah hampir lemas. Aku betul-betul terkejut dan takut bila benda ni aku alami. ceritanya begini. nak juga cerita kan. Yalah nanti bila aku bosan, aku bolehlah baca balik. Aku kan cepat bosan. Btw, aku dah ada banyak novel ni. Aku balik sabah hari tu aku angkut novel kawan aku. hahaha. Ada 10 bijik semuanya aku kena baca. Mengikut review dia semua buku tu menarik dan tertarik. Apa pun aku nak cerita pasal lemas. Cerita ni bermula bila aku dan kawan-kawan mengambil keputusan nak bermalam di karambunai. Sebab kawan aku sorang ni nak kawin. So kami buatla kono party untuk dia. dah pergi karambunai kenalah mandi kan. pantai terbentang luas tu.  Hari pertama sampai ,ombak kuat sangat tapi air pasang. so mandi dekat2 je. ombak memang kuat sebab orang surfing kat situ. Hari kedua tu, kami mandi juga. Air surut. tapi ombak still kuat. so kalau nak mandi kenalah gerak jauh-jauh kan dari pantai kan. Aku sebenarnya tak tahu pantai ni punya bentuk...

Sembelit

Image
Aku sembelit hari ni, sebenarnya dari semalam lagi. Tahu tak rasa sembelit ni. Rasa nak terberak tapi tak nak keluar,keras, lepas tu bila nak keluar sakitnya.. Haih Akhirnya keluar juga tadi, tapi aku nangis boleh? Aku rasa sakit sangat sampai nak pengsan, berpeluh-peluh aku. hahaha. Betul la. Aku rasa sakit sangat-sangat; Aku tak nak paksa sangat keluar sebenarnya, aku nak tunggu tekanan. Tekanan tadi tu dah kuat dah tapi aku still rasa sakit sangat Aku tak nak tahan sebab aku ni ada sejarah buasir. Dah ok dah sikit kot sebab aku makan ubat. Lagi pun bila rasa danging yang terlebih kat hujung tu, sikit je. Tahu tak buasir ni apa. Berak darah tu.... Kadang-kadang dulu banyak sangat darah sampai aku takut gila. Bila pegi klinik and check, doc cakap tak teruk sangat pun. Makan ubat je ni. Gitu Yang sengsaranya sembelit ni, lepas berak tu. Sakitnyaaaaa, Tak leh nak duduk. Duk meniarap je. Nak jalan pun sakit, serba tak kenalah. Aku rasa lepas aku ni nak kena makan betik banya...

Melebih-lebih aku hari ni

Image
Aku kan semangat nak menulis ni, eh bukan ini bukan goal aku tahun ni. In fact, aku tak de azam pun tahun ni. Aku just nak gembira dan bahagia. Aku nak hari-hari aku ni tak berubah. hahahaha.  Tapi aku terlebih free la aku gatal nak menulis balik ni, tapi aku dah ubah link aku. Bila aku dah ubah tu, semualah aku nak ubah. hahaha. Aku pegi google template apa nak guna etc. Masalahya template ni banyak yang terlampau canggih. Aku nak yang senang-senang ja.  Nak buat sendiri aku dah tak pandai, tu zaman belajar je aku boleh buat guna dreamweaver. aku dah lupa dah macam mana buat tu. So aku amik ja online sekarang ni. Tapi tak de yang aku berkenan. Aku jumpa la template ni tapi sebenarnya semak sikit. So aku delete-delete yang tak bekenaan. Aku nak kosong je. Gitu aku bersemangat waja.  Hari ni aku duduk rumah baca blog sehari suntuk sampai dengar lagu korea yang tak femes langsung. Bagi aku lagu ni femes. Tapi haih, tu la yang buat aku sakit hati tu. Orang l...