Posts

Cola

Image
Aku ada seekor kucing nama Cola.Dulu nama dia bukan Cola, tapi winnie. lupa sikit dah. ke winky?. Antara dua tu la. Aku kenal dia ni dari 2012 mcm tu, asalnya bukan kucing aku pun tapi kucing kawan baik aku, oleh sebab kawan aku tu nak pindah sabah for good, dia bagilah Cola ni. Cola pernah ada dua ekor anak, Abu dan Utih, tapi menurut kawan aku, Abu ni dah kena curi masa kecil. Anak Cola si Utih dan ayah Utih ni kawan aku bagi kat seorang lagi. So, aku maik Cola saja. Actually menyesal juga tak minta dua2 sebab Cola jadi sangat lonely masa mula-mula stay dengan aku. Yang bagi nama Cola ni husband aku lepas dia tengok movie Lake house yang korean version. Nama anjing dalam cerita tu Cola. Oleh sebab Cola mengawan setiap dua minggu, terpaksa mandulkan dia sebab kalau tak kena bawa dia cari kucing lain. lagipun kesian tengok dia meraung setiap hari. Orang kata bila kucing dah di mandulkan akan gemuk dan manja. Cola lepas mandul jadi berisi sikit tapi tak manja langsung. Sama...

Ready Player One Review

Image
Hari ni nak review pasal movie yang aku baru habis tonton ni tadi.Mungkin aku bias sikit kot sebab director dia fav aku, Steven Spielberg. Movie ni mengisahkan tentang zaman yang banyak bergantung dengan kehidupan maya kerana keadaan hidup di alam realiti yang sangat sukar. Latar masa dalam cerita ini ialah masa hadapan di mana manausia  atau orang yang berkuasa berhenti untuk cuba menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya berusaha untuk terus hidup.  90% cerita ini berlaku di dalam alam maya iaitu sebuah VR games yang di panggil OASIS. Dimana, hidup yang lebih baik, lebih aksi dan semuanya lebih dari dunia realiti. Di permulaan movie pun sudah menunjukkan yang cerita ini bukan cerita fiction biasa yang aku tonton. Sampai terfikir, macam manalah pengarah cerita ni boleh berfikir di luar kotak begini. Banyak watak superhero juga yang digunakan di dalam cerita ini. Juga wujud pelbagai rasa apabila menonton, banyak lucu, kemudian aksi, sedih dan gembira. Setakat ini, movie...

Happy Birthday

Hari ni hari jadi yang ke 32 tahun hidup atas muka bumi. Perasaan? Ermm biasa je.  Tak ada yang menarik berlaku. Hanya rutin seharian saja. Pergi kerja, lunch balik, dinner tidur, Tu je hari-hari. Sedikit terkilan juga sebab tak dapat special apa-apa dari S/O. Tapi dah tahun-tahun pun macam tu. Dah biasa dah kot. Tapi sedih juga, macam tak capai apa-apa pun dalam hidup ni, Rasa gembira dan bahagia tu ada tapi hari ni kurang gembira sebab banyak berfikir tentang pencapaian. Juga berfikir tentang penyesalan. Kalaulah... Benda kalau ni bila dah start, semua pun rasa menyesal itu ini. Patut di elakkan, tapi itulah syaitan kot menghasut suruh fikir juga benda-benda macam ni. Tapi kan, kadang-kadang kesian dengan syaitan juga kan sebab asal diri buat salah mesti salahkan syaitan. Ke memang salah syaitan? Mahu juga sambutan birthday macam dulu-dulu sebelum kahwin. Special sikit, sekarang ni tak ada dah special. Macam hari biasa. Aku harap tahun ni aku dapat baby. Aminnn. Beru...

32 Tahun

Hari ni aku tiba-tiba teringat zaman 20-an. Zaman tidur jam 4 pagi tu menjadi perkara biasa. Bila aku ingat dari umur 20 tahun keatas, pengalaman hidup jadi samar-samar. Aku cuba ingat apa yang buat umur- umur begini, tiada yang aku ingat kecuali pengalaman di tempat asing, pelbagai jenis kerja, pelbagai jenis orang yang ditemui. Ada yang kekal, ada yang seperti angin menghembus lalu. Pengalaman yang paling menakutkan ialah semasa kemalangan kereta tahun 2009. hujung tahun, orang nak sambut 31 December aku duduk kesakitan di rumah. itu pengalaman yang kekal. Selain itu, tiada yang kekal dalam ingatan. Mungkin zaman belajar di UMS juga jadi pengalaman yang masih diingati tapi tidak begitu kekal di ingatan.  Bagi aku kenangan yang paling kekal ialah zaman sekolah menengah dari tingkatan 1 sampai 6 atas. Zaman ini zaman paling gembira dalam hidup aku. Zaman yang aku tidak akan lupakan. Kawan-kawan rapat sekarang pun hampir 99 peratus kenal zaman sekolah ni. Semuanya kekal...

Menulis lagi

Aku cuba untuk kembali menulis sini, mungkin rindu atau mencari aktiviti yang berguna selain tidur, menonton rancangan korea dan jepun , juga makan. Aku perlu sesuatu untuk meluahkan apa yang aku rasa dalam hidup aku seharian. Setelah berkahwin hampir 5 tahun, aku masih belum dikurniakan anak. Benda ini buat aku semakin sedih. sekarang masih meneruskan rawatan dari pihak hospital yang mana aku disahkan PCOS. Baru sebentar tadi aku berjumpa doctor. Masih belum sesuai untuk meneruskan IUI kerana dinding rahim masih nipis. Juga, masih kurang subur. Entah kenapa hari ini aku sangat sedih, setelah berjumpa doctor, aku menangis semahunya. Tapi aku akan kekal tabah untuk melalui semua ini. Aku pasti rezeki akan datang juga. Terima kasih kerana aku mendapat pasangan yang memahami hati dan matang. Aku gembira untuk ini. Rasa bersyukur yang sangat mendalam. Mungkin rezeki kami akan datang tidak lama lagi.  kerja sekarang masih menarik dan boleh membuatkan aku bekerja dengan ...

hampir lemas

Pengalaman paling menakutkan ialah hampir lemas. Aku betul-betul terkejut dan takut bila benda ni aku alami. ceritanya begini. nak juga cerita kan. Yalah nanti bila aku bosan, aku bolehlah baca balik. Aku kan cepat bosan. Btw, aku dah ada banyak novel ni. Aku balik sabah hari tu aku angkut novel kawan aku. hahaha. Ada 10 bijik semuanya aku kena baca. Mengikut review dia semua buku tu menarik dan tertarik. Apa pun aku nak cerita pasal lemas. Cerita ni bermula bila aku dan kawan-kawan mengambil keputusan nak bermalam di karambunai. Sebab kawan aku sorang ni nak kawin. So kami buatla kono party untuk dia. dah pergi karambunai kenalah mandi kan. pantai terbentang luas tu.  Hari pertama sampai ,ombak kuat sangat tapi air pasang. so mandi dekat2 je. ombak memang kuat sebab orang surfing kat situ. Hari kedua tu, kami mandi juga. Air surut. tapi ombak still kuat. so kalau nak mandi kenalah gerak jauh-jauh kan dari pantai kan. Aku sebenarnya tak tahu pantai ni punya bentuk...

Sembelit

Image
Aku sembelit hari ni, sebenarnya dari semalam lagi. Tahu tak rasa sembelit ni. Rasa nak terberak tapi tak nak keluar,keras, lepas tu bila nak keluar sakitnya.. Haih Akhirnya keluar juga tadi, tapi aku nangis boleh? Aku rasa sakit sangat sampai nak pengsan, berpeluh-peluh aku. hahaha. Betul la. Aku rasa sakit sangat-sangat; Aku tak nak paksa sangat keluar sebenarnya, aku nak tunggu tekanan. Tekanan tadi tu dah kuat dah tapi aku still rasa sakit sangat Aku tak nak tahan sebab aku ni ada sejarah buasir. Dah ok dah sikit kot sebab aku makan ubat. Lagi pun bila rasa danging yang terlebih kat hujung tu, sikit je. Tahu tak buasir ni apa. Berak darah tu.... Kadang-kadang dulu banyak sangat darah sampai aku takut gila. Bila pegi klinik and check, doc cakap tak teruk sangat pun. Makan ubat je ni. Gitu Yang sengsaranya sembelit ni, lepas berak tu. Sakitnyaaaaa, Tak leh nak duduk. Duk meniarap je. Nak jalan pun sakit, serba tak kenalah. Aku rasa lepas aku ni nak kena makan betik banya...

Melebih-lebih aku hari ni

Image
Aku kan semangat nak menulis ni, eh bukan ini bukan goal aku tahun ni. In fact, aku tak de azam pun tahun ni. Aku just nak gembira dan bahagia. Aku nak hari-hari aku ni tak berubah. hahahaha.  Tapi aku terlebih free la aku gatal nak menulis balik ni, tapi aku dah ubah link aku. Bila aku dah ubah tu, semualah aku nak ubah. hahaha. Aku pegi google template apa nak guna etc. Masalahya template ni banyak yang terlampau canggih. Aku nak yang senang-senang ja.  Nak buat sendiri aku dah tak pandai, tu zaman belajar je aku boleh buat guna dreamweaver. aku dah lupa dah macam mana buat tu. So aku amik ja online sekarang ni. Tapi tak de yang aku berkenan. Aku jumpa la template ni tapi sebenarnya semak sikit. So aku delete-delete yang tak bekenaan. Aku nak kosong je. Gitu aku bersemangat waja.  Hari ni aku duduk rumah baca blog sehari suntuk sampai dengar lagu korea yang tak femes langsung. Bagi aku lagu ni femes. Tapi haih, tu la yang buat aku sakit hati tu. Orang l...

Angan-angan

Image
Aku suka berangan-angan, terutama sebelum tidur atau tengah dengar lagu. lebih-lebih kalau lagu tu sedih . Memang fikiran akan melayang, fikir macam-macam. Contohnya bile aku dengar lagu yang best gila tapi ramai orang tak tahu lagu tu or tak di hargai. Aku jadi sakit hari dan berharap lagu tu orang femes yang nyanyikan . Biar semua orang tahu yang lagu tu sangat best. Begitu juga dengan artis yang kurang femes, lagu diorang best tapi orang tak nak pandang, maybe sebab tak cantik or tak hensem. mungkin juga sebab lagu tu bukan genre yang IN.Aku berangan-angan group ni jadi sangat hebat, nyanyi lagu yang sangat best and perform di pentas yang sangat hebat. Biar orang tahu diorang ni sangat best. Begitu angan-angan aku, pelbagai bentuk. Kalau berangan-angan kaya nak pergi sana-sini tu memang selalu sangat. memang angan-angan orang tak de duit tu biasa. Kalau aku sakit hati dengan isu politik pula, aku berangan-angan negara ni jadi negara autokratik. biar semua orang tak beba...

perangai haram

Image
Tahu tak oleh sebab aku sangat free sekarang ni aku buat apa, aku menghabiskan masa mentelaah forum-forum di seluruh dunia. Dunialah sangat, macamlah bahasa lain aku tahu kan. Matilah tetiba gila gossip. Well, umur dah meningkat, mestilah bergossip. hahahahah. Kan aturan hidup begitu. Tapi aku banyk baca gossip korea. Haahahahah. Aku ni dah gila korea ni balik, maksud aku bukan setakat gila drama dan variety show. Aku dah gila dengan kpop band. *Muntah. Betul, aku minat sangat dengan kpop band Korea GOT7. Boleh? dah la budak-budak diorang ni. Tapi aku terhibur. *matila spesis mudah terhibur. So kerja aku dok berbincang pasal band ni di forum-forum. Yang paling tragik dan aku pun tak boleh terima tu, aku siap aktif kat LINE dengan peminat2 band ni. hahaha. Tapi lepas dua hari, aku insaf dan delete LINE. sudah-sudahla nak over minat kan. Cukupla tengok kat forum-forum. Tak tak de lah aku obses sangat, adalah aku sepnd dalam 2 jam sehari untuk korea2 stuff ni. Yang la...

Gila facebook

Image
Aku sebenarnya jarang dah tengok facebook ni, aku jarang nak bersosial media sangat, betulkah perkataan ni. Kalau aku bosan, aku lebih suka habiskan masa hadap Youtube and 9gag. Ya aku boleh habiskan masa berjam-jam hadap Youtube, lepas tu bila letih hadap laptop, aku amik phone hadap 9gag pula. aku malas nak hadap sosial media sebab aku dah malas. hahah Tapi, aku ada kenal sorang ni, dia boleh duduk seharian hadap facebook, Memang facebook bukan site gosip ke, blog ke, confirm Facebook. apa sangat ada kat facebook tu sampai nak hadap lama-lama kan. Aku paling lama pun 5 minit. Hahaha.  Maybe sebab aku tak ramai kawan kat dalam tu kot. dalam 80++? aku pun tak sure, maybe dia beribu. Tak sure juga. Kagum jugalah kalau boleh hadap facebook lama-lama. Macam satu pencapaian di tahap lain. Pencapaian yang aku tak nak capai and impikan pun. hahah. tapi dia tak suka 9gag, dia tak boleh hadap 9gag berjam2. Aku boleh pulak.Minat berlainan la kan. preferences lain-lain. ...

tetiba

Image
aku bosan ni, tak tahu nak buat apa. hahaha so aku pun terfikir nak tulis balik dalam blog ni. nak tulis apa pun aku tak tahu sebenarnya.  hidup aku macam biasa ja sekarang ni, banyak duduk rumah, berjalan tu jarang sebab tak da geng dah kot, btw aku dah kat terengganu ni, hidup sini dan menetap sini. aku rasa selamanya. aku rindu duduk bangi, aku suka sana. Harap-harap lepas 5 tahun ke aku akan duduk balik sana. Manalah tahu kan. Aku tak tahu nak buat apa dengan hidup aku. sekarang ni dah tahun 2015, bermaksud aku 29 tahun. bolehkah aku cakap kalau ku tak tahu apa nak buat dengan hidup aku. aku tak de perancangan nak buat apa. aku hidup bangun pagi dan jalani hari-hari sampai aku tidur balik. nak cakap aku rasa kosong tak juga. Just hidup aku jadi simple. berkisar dengan aku, husband and kucing. Macam tu je hari-hari. end of this month aku akan balik sabah, lama tak balik sana. sambil-sambil tu ingat nak g Brunei la. Rindu pula pegi sana. Drive jala. road trip...

Kawan

Image

Jevees

Tadi Pegi hantar dress untuk dry cleaning. Boleh pula mamat tu Tanya siapa designer dress tu. Hahahaha. Dress murahan abg oi..  Tapi kagum juga dia Tanya sebenarnya. Btw dress tu semua org Cakap besar Utk aku. Aku rasa ok je sebab aku kan gemok. Tapi bila org dah complain banyak2 tu. Buat aku down. Tapi yg penting aku selesa . So biar lah besar..

BAJU

hari ni aku busy cari orang yang boleh jahit baju kawin so aku dah jumpa orang baju siang rm400 malam rm280 yey kira murahlah tu, macam baju hari raya je. So aku tenang dah sikit. Bahagian ni pun dah setel. next week kena tengok doorgift pulak apa sebab aku tak nak juga rushing2 nak stress pun malas. so kalau buat 1 minggu 1, rasa tak relex je nak plan. Nasib baik orang yang bakal jahit ni buat sampingan. so murahlah. hari ni dok umah je dengan kawan. sambil tengok view kat luar yng tenang macam kat kampung

KAD

aku tengah cari kad kawin dalan dua minggu ni juga. aku survey internet la banyaknya. aku nak kd yang simple je. kad yang boleh di buang tanpa aku rasa bersalah sebab membazir boleg gitu? tapi aku nak juga yang cantikla. tak naklah yang kertas potostet kan. aku nak juga kertas keras ke. ada design sikit ke. aku banyak la jumpa tapi paling murah yang aku jumpa dalam 45 sen sekeping. aku nak yang 30 sen sekeping. hahahah so tadi aku pegi karnival pengantin kat setia alam city mall. aku first time pergi karnival2 ni. bestnyaaaa..... banyak benda ada kat sana.. semua yang diperlukan untuk kawin. memang murah la. kad pun aku dah jumpa sana.. yeyyyyyyyy so kad dah setel. tunggu dalam sebulan gitu baru siapla... hehehe

sawang

Image
*sapu2 sampah dan buang sawang lama aku tak menulis kat sini, sebab internet aku gila. aku benci TM. aku nak mohon dari service provider lain tapi tulah, tak de choice. TM je ada Aku tak suka service dia. cam taik. btw, aku dah pindah rumah baru. yey!! matilah lepas sebulan baru bagitahu. tapi aku tak buat housewarming lagi, sebab aku tak reti. hahahaha lagipun aku sangat busy, busy sampai stress setiap hari. lepas fikir rumah ni, sekarang fikir nak kawinla pula. :) tapi aku kawin senang, tak banyak plan. biasa2 je.. sekarang ni tengah ushar baju.. yang ni cantik tak? aku google je gambar ni sebab nak cari baju putih aku nak yang begini. tapi model ni cantik dan slim aku tak cantik dan gedebuk besar kena diet ke aku suka baju ni sangatttttt tolongggggg

kisah seram mengguris hati

Ceritanya begini.. jumaat tu aku kerja sampai jam 3 pagi, balik rumah dalam jam 4 juga sampai coz lepak2 dengan kawan lagi. so sampai rumah mestilah aku tidur lewat sebab aku kena baca 9gag dulu. aku addcited. harap2 sekejap je aku addicted benda ni. so tidur dalam jam 7 pagi la juga. bangun dalam jam 10 sms sana sini lebih kurang then sambung lagi tidur dalam jam 12. aku dah janji dengan cousin aku jam 2 jumpa kat UITM. dia nak beli printer. aku sampai kat UITM dalam jam 3:30 aku nak cerita ni sebab aku nak bagitahu bahawa hari tu aku sangat letih dan tak cukup tidur. dipendekkan ceita, jam 11:40 malam aku tengok movie dengan kawan aku di alamanda.. movie tu habis dalam jam 2 lebih kot... pagi.. Then aku kiranya nak balik kat shah alam ikut kawan aku. sebab dia tak drive. tapiiii lepas hantar dia, aku balik ke cyberjaya aku masa tu mengantuk gilaaaa. letihhhh, moody semua ada. so, aku drive balik ke cyberjaya.. aku tak ikut jalan yang lalu dell tu, aku ikut...

U.s shift

Start hari selasa aku keja malam...shift 6 ptg hingga 3 pagi. Aku sangat2 happy sebab aku memang suka kerja malam.. Tapi sementara je sebab Ada client baru.. So kena support Ikut us time. Nanti bila dah stabil semua, tak payahla nak support malam. Aku suppose to be keja malam sampai 4 oct Tapi, Ada je yang tak best Team lain pula bising aku tak de,  Ala, aku support je team dorang, Bukan fully pun. Tetap la nak Tarik kegembiraan aku,  So, aku keja malam Minggu ni, next week Bukan aku, next week lagi keja malam. Kan bagus aku je terus. Apa masalahnya.. Bencilahh.  Tak sukahhhh

Riddick movie yang tak best

Image
Tau tak movie riddick ni yang mana.. Ala movie baru yang van diesel berlakon tu.. Poster dia macam best je.. Thriller mcm best..  Tapi.. Pelakon 12 orang je.. Banyak pulak cheesy scene.. Like.. Perlukah nak buat gitu.. Watak pompuan lak macam haram.. Dialogue tu je lebih kurang.. Kawasan situ je.  Macam drama taraf tv2. Baik tak ya tengok. Dahla aku tengok jam 1230 mlm Macam.. Kenapalah aku bazirkan masa tengok Benda alah ni. Baik tido. Memang tak best movie ni.  Teruk .. 3/10 . Aku bagi 3 sebab aku suka anjing dia.  Masa tengok pun aku macam nak marah. Script bodo. Jalan cerita? Lagiiiiiiiiiiiii bengong.  * marah Pic tu blur pulop